Tuesday, May 22, 2012

huh adala dlm 2 tahun aku tak jenguk blog ni

Tetiba teringat blog aku ni....lama tak jenguk....sampai terpaksa cari address dalam goggle

Monday, March 22, 2010

Cuti penggal pertama berakhir

Ahad - 21hb Mac 2010

12:13 tgh. Sekeluarga bertolak ke SMKA K.Selangor. Antar kak Yong. Kawan nya tumpang
sekali.
01.18 tgh. 48.7 km. Bertolak pula ke MRSM Gemencheh. Antar kak Ngah pulak
02.05 ptg. Singgah makan tengah hari dan solat zohor kat R&R Elmina menuju selatan.
03:00 ptg Meneruskan perjalanan
05:16 ptg Sampai di pintu pagar utama MRSM Gemencheh. 267.6 km
Singgah asar dulu di surau MRSM. Lepas tu baru pandu turun ke asrama puteri
06:00 ptg Bertolak pulang.
Hujan. Jalan sesak teruk dari Senawang ke Seremban ke Nilai
08: 10 mlm Sampai jugak di R&R Seremban untuk solat Maghrib
08:30 mlm Masuk semula kedalam kesesakan yang semakin teruk dan hujan semakin lebat
09:20 mlm Singgah di Dengkil R&R untuk makan malam . Bebudak dah kebuluran. Solat isyak
10:00 mlm Meneruskan perjalanan pulang. Masih hujan
11:05 mlm Selamat sampai rumah. Perjalanan sejauh 454.2 km dan sampai rumah semula
selepas 10 jam 52 minit
11:30 mlm Terlelap keletihan....esok kerja ....

Friday, March 19, 2010

Dari SeriKundang ke SeriKundang


Sabtu 20hb Mar 2010

Pagi ni ..macam Ahad lepas... wa kayuh dari Seri Kundang -> simpang BP -> Sg. Pelong -> Paya Jaras -> The Store -> mendaki jalan Rahman Putra -> menuruni semula -> Sek Keb Rahman Putra -> mendaki & menuruni "jalan dalam" -> simpang BP -> balik semula ke Seri Kundang = 55 minit
Besstttt .......!!!
Tapi lori banyak le....
banyak satu hal....laju satu hal.
Pasal banyak tu wa paham le ..
tapi pasal laju nih...camne nak wat ye?

Wall climbing


Jumaat - 19hb Mac 2010

10:00pg - 12:30 tgh. ada team meeting.
Pastu sambung keje mcm biasa.
4:15 ptg masing-masing bertolak ke Camp5 climbing gym kat One Utama untuk agenda team building.
1st time panjat dinding.
Syok juga manjat dinding nih rupa nya. Nasib baik la badan dah turun banyak kilo.
Salah satu event kena panjat dinding blindfolded.
Lepas tuh ada dinner kat ..hish lupa plak nama tempat makan tuh. kat One Utama gak.
Hampir jam 10:00 mlm baru selesai sumer agenda.
On the way balik .....hujan.......

Wednesday, March 17, 2010

Mesyuarat Muafakat MRSM Gemencheh

Sabtu - 13hb Mac 2010.

Pagi ni sebelum pukul 9:00 bertolak ke MRSM Gemencheh. Ada mesyuarat Muafakat kat sana bermula jam 11:30 pg. Muafakat ni macam PIBG versi MRSM le. Tapi perlembagaan tak sama dengan PIBG.
Masa sampai Pengetua tengah bagi ucapan. Pastu perasmi majlis, YB ADUN Gemencheh pulak berucap seterusnya merasmikan majlis
Kak Ngah kena jaga makanan yang di "tapau" untuk para jemputan.
Lepas zohor kat surau MRSM, bawak kak Ngah balik. Cuti semester pun bermula.
Sempat la asar kat rumah. Tak perlu singgah R&R Dengkil

Amik kakYong

Jumaat - 12hb Mac 2010

Esok cuti sekolah bermula. Malam ni kena amik kak Yong dari SMKA K.Selangor.
Kali ni tak amik siang-siamg sebab deme ada majlis meraikan guru le pulak.
Sampai kat SMKA lebih kurang 10:45 malam.
Jam 11:00 bertolak pulang. 2 orang kawan kak Yong tumpang balik. Hantar dulu kawan nya yang duduk kat Kuang. Pastu antar sorang agik kat Seri Kundang gak.
Sampai umah dah lebih 12:00 tgh malam

Wednesday, March 10, 2010

Antar kak Ngah balik MRSM Gemencheh

Ahad - 07hb Mac 2010

Hari ni antar kak Ngah balik asrama MRSM Gemencheh.
Singgah solat zohor kat R&R Seremban. Cantik surau nya.
Lepas asar kat MRSM, kitorang pun balik la...
Sampai umah sebelum waktu Isyak...